Kes Keracunan Makanan sering berlaku di kantin-kantin sekolah di seluruh Negara. Menurut laporan pihak hospital, peratusan tertinggi kes yang dirujuk adalah membabitkan keracunan makanan akibat pencemaran pada makanan yang dijual kepada warga sekolah. Kes keracunan yang teruk akan mengakibatkan murid terlantar di hospital kerana penyahhidratan (dehydration) selepas muntah dan cirit-birit yang berpanjangan.Justeru itu aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kantin perlu dipertingkatkan. Kerjasama semua pihak perlu bagi menangani permasalahan tersebut.