Monday, 1 July 2013

Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 8 TAHUN 2011 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

KategoriPekeliling Ikhtisas
Bil8
Tahun2011
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailSurat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2011 Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah
Tarikh28 June 2011

Saturday, 1 June 2013

Surat Pekeliling Disiplin Murid



SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 7 TAHUN 2011 PELAKSANAAN STANDART OPERATING PROCEDURE (SOP) 1:3:7 PELAPORAN DAN MENANGANI ISU DISIPLIN MURID

KategoriPekeliling Ikhtisas
Bil7
Tahun2011
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailSurat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standart Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid
Tarikh28 June 2011

Wednesday, 1 May 2013

Surat Pekeliling Rancangan Makanan Tambahan

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 1 TAHUN 2013 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH

KategoriPekeliling Kewangan
Bil1
Tahun2013
JabatanBahagian Kewangan
FailSurat Pekeliling Kewangan Bil 1 Tahun 2013 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah
Lampiran- Lampiran : Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 Tahun 2013 Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah Rendah.
Tarikh08 May 2013

Monday, 1 April 2013

KES KERACUNAN MAKANAN


Kes Keracunan Makanan sering berlaku di kantin-kantin sekolah di seluruh Negara. Menurut laporan pihak hospital, peratusan tertinggi kes yang dirujuk adalah membabitkan keracunan makanan akibat pencemaran pada makanan yang dijual kepada warga sekolah. Kes keracunan yang teruk akan mengakibatkan murid terlantar di hospital kerana penyahhidratan (dehydration) selepas muntah dan cirit-birit yang berpanjangan.Justeru itu aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kantin perlu dipertingkatkan. Kerjasama semua pihak perlu bagi menangani permasalahan tersebut.

Friday, 1 March 2013

SURAT SIARAN & PEKELILING RMT SERTA BORANG BERKAITAN


Kepada semua Guru Besar & Penolong Kanan HEM. Sila muat turun Surat Siaran RMT 2012, Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010,  Borang RMT Lampiran A dan Borang Permohonan RMT untuk rujukan dan permohonan RMT semasa.

Friday, 1 February 2013

KWAPM 2012/2013

Perhatian kepada semua Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah,

Sila muat turun borang-borang berikut dan lengkapkan. Rujuk surat siaran yang telah diedarkan oleh JPN ke sekolah tuan/puan untuk tindakan selanjutnya. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 2012 (KWAPM) juga dilampirkan untuk rujukan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai HEM di PPD tuan/puan atau Penyelia Kanan Kebajikan di talian 04-652 1038 / 012-567 7912.

Tuesday, 1 January 2013

Rancangan Makanan Tambahan 2013

Sila muat turun fail-fail berkaitan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2013 seperti yang berikut:

  1. Borang Permohonan RMT 2013 (Individu)
  2. Lampiran A (Sila lengkapkan dan emel kembali kepada penyeliakebajikan@gmail.com pada atau sebelum 14 Disember 2012).
  3. Lampiran B (Sila lengkapkan dan fax ke Unit HEM 04-6521143 pada atau sebelum 07 Disember 2012)
Maklumat tambahan:
  1. Mulai tahun 2013, Had Kelayakan RMT ialah Pendapatan: RM460.00 atau perkapita RM110.00 (PGK Miskin Tegar terkini)
  2. Murid-murid Pendidikan Khas yang layak dan berada di Sekolah Pendidikan Khas juga boleh memohon.
  3. Murid-murid RMT yang berpindah sekolah selepas hari pertama persekolahan, peruntukan akan diturunkan di sekolah asal. Sekolah asal perlu memaklumkan kepada sekolah baharu tentang murid RMT tersebut di dalam Borang Pertukaran Murid.
  4. Murid Ganti RMT TIDAK BOLEH menggantikan Murid RMT yang telah berpindah sekolah. Murid Ganti RMT hanya untuk Murid RMT yang TIDAK HADIR pada hari yang berkenaan sahaja. Jika layak RMT, sila senaraikan beliau di dalam Pelarasan RMT kemudian.